MENJELANG ISTIADAT KONVOKESYEN ASWARA KE-21
5 dan 6 Disember 2026 • Panggung Eksperimen, ASWARA
PENGUMUMAN
Lengkapkan syarat penganugerahan selewat-lewatnya pada 6 November 2026. Lengkapkan kajian pengesanan graduan, pengesahan kehadiran dan bayaran yuran konvokesyen selewat-lewatnya pada 13 November 2026.
Lihat langkah tindakan graduan atau muat turun surat jemputan rasmi bertarikh 12 Oktober 2026.
Istiadat Konvokesyen ASWARA Ke-21
Panggung Eksperimen, ASWARA
464, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
Jadual Sidang
- 5 Disember 2026 (Sabtu), Sidang Pertama: 7.45 pagi hingga 12.00 tengah hari.
- 5 Disember 2026 (Sabtu), Sidang Kedua: 1.15 petang hingga 5.00 petang.
- 6 Disember 2026 (Ahad), Sidang Ketiga: 7.45 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Perkhidmatan Gambar Konvokesyen
- Bakal graduan tidak dibenarkan mengambil gambar atau mendapatkan bantuan orang lain semasa majlis berlangsung di dalam dewan.
- Foto rasmi graduan semasa penganugerahan sijil akan diuruskan oleh Syarikat Fotografi yang dilantik oleh ASWARA.
- Gambar pegun rasmi semasa istiadat dikendalikan oleh syarikat fotografi yang dilantik ASWARA.
- Para graduan akan dibekalkan kupon bernombor semasa Majlis Istiadat Konvokesyen sebagai rujukan untuk pembelian gambar. Kos pembelian gambar adalah di bawah tanggungan graduan.